Intense Debate Comments

Selasa, 15 Desember 2009

Keutamaan Bulan Muharam

Amal-amalan yang disunatkan pada bulan Muharam(Terutama tanggal 10 Muharam):


1. Berpuasa.
"Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun"
"Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, yaitu hari Kamis, Jumat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun".

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Ashar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

# Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) #

1. Melapangkan masa/membelanjakan hadiah untuk anak, istri dan keluarga.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: NAWAYTU GUSLA PI YAUMI ASYURA LILLAHI TA'ALA"
"niat aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "USHOLLI SUNATAN YAUMIN ASYURA ARBA"A RAKAATIN MUSTAKBILALKA'BAH ADA'ALILLAHI TA'ALA" (Niat aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat menghadap kiblat karena Allah Taala.)
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca al-Ikhlas 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa.
Niat - ” NAWAYTU SHAUM ASYURA SUNNAH LILLAHI TA’ALA”
Fadilahnya : - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

# Peristiwa-peristiwa penting pd tgl 10 Muharam #:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mulai membuat penetapan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.
Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sudah Baca Artikel Dibawah ini?

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More